Friday, September 3, 2010

Lawatan Pengkisahan Jugra, Asimilasi Sejarah dan Legasi KMS

Pada 31 Ogos 2010, salah seorang pelajar F6P3 telah mengikuti satu lawatan yang dianjurkan oleh Unit HEP.

Seperti tajuk yang telah tertulis, lawatan yang telah dijalanlan ini adalah kerana mengkisahkan tentang Jugra, sejarah-sejarahnya, dan juga menjadi legasi KMS.

KMS yang terletak di kawasan Banting, Selangor juga berdekatan dengan Jugra mempunyai banyak sejarah yang telah tercatit dan perlu diketahui oleh pelajar KMS serta kakitangan KMS supaya sejarah tidak akan pernah dilupakan walau kita telah mencapai kemajuan yang amat membanggakan.

Pertama sekali, kami diberi taklimat oleh Encik Azra akan apa yang kami akan hadapi sepanjang lawatan tersebut. Kami bertolak dari KMS ke Bukit Jugra lebih kurang pada pukul 10.30 pagi.

Sesampai sahaja kami ke Bukit Jugra, kami telah diarahkan oleh Encik Azra untuk mendaki 'jalan tar' untuk ke puncak Bukit Jugra. Dengan perasaan yang gembira, kami semua mendaki 'jalan tar' terbabit. Lebih kurang 10 minit kami mendaki, akhirnya kami telah sampai ke puncak Bukit Jugra.

Segala penat lelah yang kami rasa, hilang begitu sahaja semasa kami sampai ke puncak Bukit Jugra. Dari puncak Bukit Jugra, kami ternampak kawasan KMS yang amat cantik. Gambar-gambar yang sempat kami rakamkan:

Sepanjang pendakian
Sepanjang pendakian
Di Puncak Bukit Jugra
Rumah Api di Bukit Jugra
Puncak Bukit Jugra
Puncak Bukit Jugra
Puncak Bukit Jugra (kawasan KMS)
Puncak Bukit Jugra

Selepas kami berehat di Puncak Bukit Jugra, kami pun turun untuk meneruskan perjalanan kami menemui seorang manusia yang paling hebat.

Kami berasa sungguh bersyukur menemui beliau yang diberi nama Raja Kasim bin Raja Jaafar. Umur beliau telah menjangkau 84 tahun. Beliau mempunyai 3 orang isteri, dan 18 orang anak dan ramai cucu dan cicit. Kami telah mengunjungi beliau yang terpahatnya pelbagai peristiwa pada dinding-dinding rumah. Selain itu, kami telah menanyakan banyak persoalan yang mana kami tidak tahu dari mana asal-usulnya seperti nama Jugra, Sungai Raba, Kathong, Sungai Buaya dan macam-macam lagi.

Selain itu, beliau telah menceritakan serba-sedikit tentang beliau dan asal-usul beliau. Beliau telah dilahirkan di Kedah. Beliau adalah keturunan Raja di Kedah. Pendek cerita, berlaku perebutan kuasa dimana beliau bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke tanah Kedah (beliau tidak ditabalkan menjadi Raja Kedah). Kami berasa sungguh sedih ketika mendengarkan cerita beliau. Beliau juga menangis dan kami cuba menceriakannya kembali :)

1. Dari mana datangnya nama bukit Jugra?
Pada awalnya, Bukit Jugra dikenali sebagai Bukit Kera kerana terdapat banyak kera. Selepas peristiwa berkaitan seorang perempuan, namanya telah ditukar ke Bukit Jugra.

2. Bagaiman nama Sungai Raba diberi?
Pada mulanya, sungai Raba amat luas dan lebar (besar) tetapi, lama kelamaan, sungai tersebut menjadi kecil dan bengkang-bengkok bagai ular kene palu dan 'merabalah' orang yang melalui kawasan sungai tersebut :D

gambar yang sempat dirakamkan di rumah Raja Kasim bin Raja Jaafar:

Dalam kawasan rumah beliau
Raja Kasim bin Raja Jaafar
Di luar kawasan rumah beliau

Selepas itu, kami telah menuju ke Masjid Diraja Sultan Alaeddin untuk menunaikan solat Zohor.
Kami sungguh tertarik akan keindahan masjid berkenaan walaupun saiz bangunannya lebih kecil jika dibandingkan dengan surau As-Sufi KMS. Kami menunaikan solat secara berjemaah di rumah Allah terbabit dengan penuh rasa bersyukur.
Gambar yang sempat kami rakamkan:

Masjid Diraja Sultan Alaeddin yang tersergam indah

Selepas sahaja kami menunaikan solat Zohor berjemaah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Makam Sultan Abdul Samad.
Sesampai sahaja kami di sana, kami telah diarahkan sekali lagi untuk mendaki bukit 'jalan tar'. Ramai pelajar yang merungut kerana kepenatan. Tetapi, kami tetap meneruskan perjalanan kami kerana didorong oleh semangat Kemerdekaan!
Di kawasan Makam tersebut, kami telah diberi taklimat tentang pemberitahuan adab dan tutur kata sepanjang kami berada di makam berkenaan. Kami perlu mematuhi arahan yang telah diberikan bagi menghormati kawasan yang terdapatnya banyak Makam-makam Diraja.
Gambar yang sempat dirakamkan:

Pintu Utama Makam Sultan Abdul Samad
Info Makam Sultan Abdul Samad

Selepas kami menziarahi makam berkenaan, kami telah dibawa ke Banting untuk melakukan tugasan kami iaitu menemuramah mana-mana pekerja tentang pengkibaran Jalur Gamilang.
Wakil kami telah menemuramah 3 orang pekerja dimana 3 kaum yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India.


Jalur Gemilang sepanjang kedai di Banting

Selepas menemuramah, kami diberi peluang untuk membeli makanan di Bazar Kathong.
Dan akhirnya, lebih kurang pada pukul 6.30 petang, kami telah sampai ke KMS.

Sebagai penutup, wakil F6P3 yang telah mengikuti lawatan berkenaan telah mendapat pelbagai informasi yang amat penting dan berguna selain memupuk sikap berani dan tabah. Semoga lawatan seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap dan mendapat sokongan semua pihak termasuk pelajar-pelajar KMS.

Hasil kerja tangan,
MAISARAH (F6P3)

0 comments: