Sunday, September 26, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi?

Apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia?
bagaimana pula dengan Transformasi?

1Malaysia dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Transformasi di sini membawa maksud berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji.

Jadi, pada pandangan anda semua, apa yang dimaksudkan dengan 1Malaysia? Dan apa pula Transformasi?


maklumat lanjut? atau download pdf? klik link dibawah:
http://www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf

Malam Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Kolej Matrikulasi Selangor

Pada 21 September 2010 (Selasa) pukul 9.00 malam, Kolej Matrikulasi Selangor telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Kolej Matrikulasi Selangor di Dewan Antares.
Sambutan ini dihadiri oleh Datin Hjh. Maharom binti Mahmood, Pengarah KMS, Datin Hjh. Roslina binti Abdul Rashid, Timbalan Pengarah KMS, pensyarah-pensyarah KMS dan Pelajar-pelajar KMS.
Sambutan ini diadakan untuk memperingati Bulan Kemerdekaan dan diadakan pertandingan antara blok-blok KMS iaitu blok Mira, blok Polaris, blok Vega, blok Canapus, dan blok Capella.
Pertandingan yang telah diadakan ialah koir. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan:




Tahniah buat semua peserta-peserta koir kerana menghidupkan malam sambutan Bulan Kemerdekaan!
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-53!

Tuesday, September 21, 2010

Sambutan Kemerdekaan di KMS

Beginilah sambutan kemerdekaan kami, pelajar KMS, yang dilakukan di surau As-Sufi.
Tepat pada pukul 12.00 tengah malam (31 Ogos 2010), Encik Azra melaungkan Merdeka! sebanyak 7 kali.
Kami semua dengan penuh rasa bangga dan bersyukur mengikut laungan kemerdekaan beliau.
Kami(F6P3) berharap semua pelajar KMS memahami maksud kemerdekaan yang sebenarnya.
Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan dalam  kehidupan rakyat Malaysia dan Pemimpin-pemimpin kami.. Amin..

Malayan Union




INFO RINGKAS
Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.



BUTIRAN UTAMA MALAYAN UNION
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.

Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.


PENUBUHAN UMNO
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.



PELAKSANAAN MALAYAN UNION
Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabernor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu. Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut. Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan tahta mereka, telah menyedarkan sekelian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu . Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam etnik yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union. Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu jumalah orang Cina yang terkorban lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.

Penubuhan Malaysia



Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Saturday, September 18, 2010

Perdana Menteri Malaysia ke-6


YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Keluarga
Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978), Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.

Pendidikan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

* 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
* 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
* 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
* 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
* 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
* 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
* 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia ke-5



  • Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.
  • Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
  • Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964.
  • Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
  • Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999.
  • Dato’ Seri Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
  • Dato' Seri Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965.
  • Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005.
  • Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Perdana Menteri kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan