Saturday, September 18, 2010

Perdana Menteri Malaysia ke-2



  • Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau menggantikan Tunku Abdul Rahman memimpin negara dari tahun 1970 hingga 1976.
  • Dilahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada 11 Mac 1922, Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.
  • Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
  • Dua tahun kemudian, beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Pahang dan pada Februari 1955, pada usia 33 tahun, beliau menjadi Menteri Besar Pahang.
  • Pada September 1970, Tun Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri Malaysia.
  • Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan
  • Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
  • Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.

0 comments: