Saturday, September 18, 2010

Perdana Menteri Malaysia ke-4



  • Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat pada 16hb Julai 1981.
  • Dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, ibu negeri Kedah.
  • Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengahnya di bandar kelahirannya. Pada tahun 1947, beliau mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura untuk melanjutkan pelajarannya.
  • Beliau telah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak ditubuhkan pada 1946.
  • Pada tahun 1976, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri disamping terus menjalankan peranan dan tugas-tugas sebagai Menteri Pendidikan.
  • Tun Dr. Mahathir telah dipilih sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO pada tahun 1975.
  • Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr. Mahathir mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993.
  • Di bawah pentadbiran beliau, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
  • Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan seorang doktor, Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
  • Tun Dr. Mahathir telah bersara sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

0 comments: