Saturday, September 18, 2010

Perdana Menteri Malaysia ke-3



  • Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981.
  • Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.
  • Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan English College di Johor Bahru.
  • Tun Hussein, yang berasal dari keluarga yang begitu mendalam semangat nasionalismenya.
  • Pada 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama, iaitu parti yang ditubuhkan dengan bantuan bapanya.
  • Tun Hussein meninggalkan UMNO pada 1951 untuk menyertai bapanya menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
  • Tun Hussein, yang berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah menjalani rawatan jantung pada awal 1981.
  • Pada 17 Julai 1981 beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 pada usia 68 tahun.
  • Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.

0 comments: