Saturday, September 18, 2010

Perdana Menteri Malaysia ke-1



  • Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan bagi mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.
  • Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970.
  • Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
  • Beliau merupakan putera ke tujuh Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan Kedah yang ke dua puluh empat, dan Che Manjalara.
  • Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah pada 1925. 
  • Keupayaannya memimpin juga mula terserlah semasa di England.
  • Beliau dijadikan Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Kedah selepas sahaja beliau kembali ke tanahair.
  • Pada 26 Ogos 1951, Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Beliau menjelajah ke seluruh negara bertemu segenap lapisan masyarakat dan menyeru ke arah penyatuan.
  • Pada 22 September 1970 Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.
  • Tunku, yang dikurniakan tujuh orang cahayamata melalui perkahwinannya dengan Allahyarham Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, meninggal dunia pada tahun 1990.

0 comments: